Assalamualaikum semua...
Hari ini kelas diteruskan lagi dengan Kemahiran Mikrotaeching iaitu kemahiran menyoal. Antara beberapa tujuan menyoal adalah untuk :
- mewujudkan semangat inkuiri pelajar
- menjadikan pelajar aktif di dalam kelas
- menarik perhatian pelajar
- Menggalakkan pelajar bertanya
- mentafsir kefahaman pelajar.
Antara langkah-langkah dalam kemahiran menyoal adalah :
- Ajukan soalan kepada keseluruhan kelas
- Memberi masa untuk pelajar berfikir (wait time)
- Memilih pelajar untuk menjawab.
- Memberi respon atau reaksi pelajar. Antara komponen di dalam langkah ke 4 ini ialah :
prompting : Guru memberi galakan kepada pelajar jika pelajar tidak boleh menjawab soalan. Contohnya guru memberi klu atau mengolah soalan supaya lebih mudah.
Probing : Jika pelajar menjawab dengan ringkas, guru bertanya dengan lebih lanjut kepada pelajar tersebut. Contohnya : "How do you know?" , " can prove it?"
Asking around : Apabila pelajar bagi soalan, guru meminta pelajar lain untuk menjawabnya (redirect)
Interrelating : Guru mengaitkan semua jawapan dan idea, guru bantu pelajar buat kesimpulan.
- Membuat ringkasan jawapan yang tepat.
Sebelum kelas berakhir setiap kumpulan dikehendaki untuk mendemonstrasi kaedah menyoal di dalam pengajaran.
Sekian,salam.
Sekian,salam.
No comments:
Post a Comment