Assalamualaikum semua...
Saya rasa kelas ni semakin menarik lah. Rasa macam dah jatuh cinta dengan kelas ni,hehe. Mungkin sebab lecturernya bes kan.
Ok nak review sikit apa yang kami belajar hari ni=)
Pada awal kelas Dr Nurul Memberi penerangan mengenai Teaching Unit. Sambungan dari komponen 4 hingga komponen 6.
Selepas itu kami diperkenalkan dengan tajuk kuliah yang baru iaitu Kemahiran Mikroteaching. Hari ini kami hanya menyentuh unit 1 iaitu memulakan pengajaran di dalam kelas. Ini adalah proses dimana untuk mencungkil idea pelajar sahaja.
Proses ini adalah penting untuk :
**Menarik perhatian pelajar
**Membantu pelajar untuk bersedia dari segi kognitif dan efektif
**Membantu pelajar mengenal objektif pembelajaran
**Membina aliran pemikiran pelajar
**DApat mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar dan miskonsepsi mereka.
Antara teknik yang boleh digunakan untuk mencungkil idea pelajar adalah menggunakan peta konsep dan kartun konsep.
Concept map
>>Dalam teknik ini mempunyai beberapa kotak yang akan diisi dengan konsep dan anak panah yang menggambarkan hubungan antara konsep di dalam kotak.
>>Di bawah anak panah pula akan ditulis dengan ayat bermakna yang menggambarkan hubungan antara konsep-konsep.
>> Konsep ini dapat membantu pelajar dalam memahami sesuatu pembelajaran.
>>Mereka dapat mengaitkan konsep-konsep yang terdapat dalam sesuatu topik dengan lebih detail.
>>Guru boleh memperaktikkan konsep dalam proses mengcungkil idea pelajar. Contohnya guru memberikan sehelai kertas kosong dan meminta pelajar melukis satu peta konsep tentang sesuatu tajuk.
>>Ini adalah salah satu contoh peta konsep.
Cartoon Concept
Saya sangat suka konsep ni. Memang menarik lah kalau diaplikasikan semasa mengajar nanti.
>>Konsep ini adalah satu kaedah yang menggunakan beberapa karaktor kartun dalam menghuraikan atau membincangkan tentang sesuatu konsep. Setiap karaktor kartun mempunyai pendapat masing-masing.
>>Melalui konsep ini, guru akan memberi satu ilustrasi kartun. Pelajar diminta untuk memilih pendapat kartun yang mereka dirasakan betul mengenai sesuatu konsep.
>>Guru juga boleh membuat satu kotak yang masih kosong dan meminta pelajar untuk mengisinya mengikut pendapat mereka sendiri.
Ok ni lah contoh cartoon concept. Menarik bukan???
Till then,salam.
No comments:
Post a Comment