Sunday 9 October 2011

Refleksi Project Based Learning (PJBL)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah satu tugasan kursus kpd3016 yang pertama sudah berjaya dilaksanakan iaitu Debat dan Seminar Malaysia dan Nuklear. Tugasan pertama ini membawa kepada 15% daripada markah keseluruhan kursus ini.

Tugasan debat ini diadakan pada 3/10/11 iaitu pada hari Isnin yang bertempat di Makmal Kaedah Mengajar. KAmi dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kerajaan (pro) dan Pembangkang (kons). Barisan "pro" terdiri dari tiga kumpulan kecil yang membawa perspektif kerajaan dan orang awam manakala pihak "cons" mewakili suara-suara orang awam. Kumpulan saya sendiri dari pihak pro dan satu-satunya minoriti orang awam yang menyokong pembinaan dan penggunaan Tenaga Nuklear di Malaysia. 


Tugasan debat ini ternyata hangat apabila kedua-dua belah pihak bersungguh-sungguh dalam menyampaikan hujah. Debat yang dirancang diadakan selama satu jam sahaja berlarutan sehingga dua jam setengah. Begitulah bersemangatnya para penghujah-penghujah pada hari itu.


Kesimpulan yang boleh saya buat daripada debat ini ialah pihak pencadang melihat isu Tenaga Nuklear ini dari sudut positif iaitu mengutarakan hujah-hujah tentang keselamatan yang boleh diambil dalam pengendalian Tenaga Nuklear. Manakla pihak pembangkang lebih melihat dari sudut kesan buruk Tenaga Nuklear kepada alam sekitar dan kesihatan manusia. Kedua-dua pihak berjaya mengemukakan bukti kukuh daripada pelbagai kajian yang telah dibuat dan rujukan dari internet.

Pada akhir aktiviti debat ini, Dr Nurulhuda iaitu pensyarah kami membuat penggulungan hujah bahawa penggunaan Tenaga Nuklear adalah relevan pada masa hadapan tetapi masih mempunyai kebaikan dan keburukannya. beliau juga mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar AT12 kerana bersungguh-sungguh dalam menjayakan aktiviti ini.


Seminar Malaysia dan Nuklear : Relevankah Tenaga Nuklear di Malaysia pula diadakan pada 4/10/11 di Auditorium Utama,UPSI. Seminar pada hari tersebut sangat bermakna dengan kehadiran wakil dari Agensi Tenaga Nuklear Negara dan dirasmikan oleh Timalan Naik Dekan Fakulti Pendidikan UPSI. Seminar ini disertai oleh warga UPSI yang rata-ratanya berminat mengenai isu ini.


Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga UPSi tentang Tenaga Nuklear. Hal ini kerana masih ramai yang belum memahami Tenaga Nuklear dengan sepenuhnya. Mereka hanya terdedah mengenai isu ini menerusi media massa khususnya televisyen. Media massa hari ini malangnnya terlalu taksub dalam menyampaikan propaganda mengenai keburukan Tenaga Nuklear. 


Dalam seminar ini, wakil dari Agensi Nulear Malaysia telah memberikan sedikit penerangan mengenai isu ini. Pelbagai pengetahuan baru dapat diperolehi melalui penerangan beliau. Salah satu input yang menarik adalah sisa tenaga Nuklear boleh dikitar semula pada masa hadapan dan boleh digunakan semula untuk menghasilkan tenaga yang baru.


Kesimpulan daripada kedua-dua aktiviti ini, kami dapat mendalami pelbagai ilmu baru disamping dapat menambahkan kemahiran insaniah khususnya dalam penganjuran program. Diharap aktiviti seperti ini dapat dimanfaatkan semasa menjadi pendidik nanti dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.


Akhir kata tahniah untuk Kumpulan AT12 kerana berjaya melaksanakan tugasan ini=)


Sekian..

No comments:

Post a Comment