Hari ni merupakan kelas ganti kursus ini kerana cuti Hari Raya Depavali sudah bermula. Kemahiran mikropengajaran diteruskan lagi dengan Kemahiran yang ke empat iaitu Kemahiran Memperkukuh.
Kemahiran ini diperlukan oleh seseorang guru dalam memantapkan pemahaman pelajar semasa mengajar nanti. Antara tujuan lain memperkukuh adalah :
- Meningkatkan interaksi bilik darjah
- Memperbaiki disiplin bilik darjah
- Memotivasi pelajar
- Meningkatkan keyakinan pelajar
- Mengubah atau mengubah suai kelakuan pelajar secara positif
Semasa memperkukuh dalam sesi pengajaran, seseorang guru haruslah :
- Tunjukkan kemesraan, keghairahan/semangat kesungguhan, dan masukkan unsur kecindan
- Berfikiran terbuka terhadap kelakuan pelajar
- Pelbagaikan kaedah, media, teknologi dan aktiviti
- Bersifat ikhlas .
No comments:
Post a Comment