Saturday 1 October 2011

Kemahiran Saintifik

Assalamualaikum semua...

Hari ini adalah hari kedua kuliah kursus KPD3016 pada minngu ke tiga. Pada awal kelas kami membincangkan tentang Kemahiran Saintifik. Kemahiran ini sangat penting dalam menjalankan sesebuah eksperimen.


Sebenarnya ini adalah tugasan semalam.Kami dikehendaki mencari definisi bagi setiap elemen dalam kemahiran ini beserta dengan contoh.

Kemahiran yang pertama adalah Inferring. Inferring ialah kesimpulan awal  yang dibuat untuk menerangkan sesuatu pemerhatian. 
Contoh : Dalam satu eksperimen terdapat akuarium A dan akuarium B. Akuarium A mempunyai ikan yang lebih banyak berbanding akuarium B. Selepas beberapa hari didapati ikan dalam akuarium A banyak mati manakala ikan dalam akuarium B masih hidup. Inference daripada eksperimen ini ialah ikan dalam akurium A mengalami persaingan untuk mendapatkan makanan. 

Kemahiran ke dua ialah predicting. Predicting ialah jangkaan terhadap sesuatu hasil yang akan berlaku. Contohnya dalam satu eksperimen pelajar membuat ramalan bahawa selepas beberapa jam katak yang diletakkan didalam bekas yang tertutup akan mati.


Kemahiran ke tiga ialah communicating. Satu proses untuk mencari atau mendengar dan menyatakan sesuatu idea. Kemahiran ini dapat diterjemahkan melalui mendengar / mencari / memberi maklumat.  


Kemahiran ke empat ialah Using space-time relationship. Kemahiran ini bermaksud pelajar mempunyai kemahiran untuk mengjuraikan perhubungan antara ruang dan masa. Contohnya dalam satu eksperiment untuk membuktikan hubungan tekanan dan kedalaman didalam mendalir. Melalui kemahiran ini perhubungan yang boleh dibuat ialah semakin bertambah kedalaman semakin bertambah tekanan di dalam bendalir.


Kemahiran ke lima ialah Interpreting data. Kemahiran ini bermaksud pelajar berupaya untuk menjelaskan tentang sesuatu data hasil daripada penyiasatan saintifik. 


Kemahiran ke enam ialah Defining operationally. Kemahiran ini bermaksud pelajar berupaya untuk memberi definisi sesuatu konsep yang boleh memberi nilai bernombor. Contohnya dalam satu eksperimen untuk menentukan jumlah tekanan dalam bendalir. Tekanan dalam bendalir boleh ditentukan dengan melihat jarak pancutan air yang keluar dari beberapa lubang yang ditebuk pada satu botol.


Kemahiran ke tujuh ialah controlling variable. Melalui kemahiran ini pelajar dapat mengenalpasti tigan jenis pembolehubah iaitu pemboleh ubah manipulasi, bergerak balas dan malar.


Kemahiran ke lapan ialah hypothesis. Dalam kemahiran ini, pelajar haruslah boleh menghubungkaitkan antara pemboleh ubah manipuilasi, bergerak balas dan malar. Contoh : Semakin bertambah masa, semakin berkurang jumlah ayunan bandul.


Kemahiran ke sembilan ialah experimenting. Kemahiran ini adalah kombinasi beberapa elemen kemahiran yang disenaraikan di atas


Selepas membelajari kemahiran ini, saya berharap dapt memperaktikkannya dengan betul dan salah satu persediaan sebagai seorang bakal guru.


Sekian,salam.
may Allah bless=)

No comments:

Post a Comment