Friday, 16 September 2011

Fakta tentang Tenaga Nuklear>>


  1. Loji tenaga nuklear menghasilkan tenaga elektrik melalui pemanasan air untuk menghasilkan wap panas yang akan menggerakkan turbin. Bagi menghasilkan wap, loji nuklear menggunakan haba yang terhasil dari penguraian bahan radioaktif – pembelahan nukleus atom bahan radioaktif (kebiasaannya Uranium)

  1. Amerika Syarikat memiliki 104 reaktor di loji nuklear yang menghasilkan 20 peratus jumlah penghasilan tenaga di seluruh negara tersebut. Pada tahun 2009, 13-14 peratus penjanaan tenaga elektrik seluruh dunia dihasilkan menggunakan tenaga nuklear.

  1. Jumlah keseluruhan reaktor tenaga nuklear peringkat komersial dianggarkan melebihi 440 buah yang beroperasi di 30 buah negara seluruh dunia.

  1. Terdapat 62 loji nuklear yang sedang dibina di seluruh dunia pada masa ini.

  1. Bencana loji tenaga nuklear berlaku apabila bahan radioaktif dalam teras reaktor mengalami pemanasan melampau dan mengalami pencairan. Situasi ini akan membebaskan bahan radioaktif yang tidak terkawal ke persekitaran.

  1. Bencana Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 dikategorikan sebagai bencana terburuk kemalangan loji nuklear di dunia. Ia mengorbankan 56 nyawa serta merta dan menyebabkan lebih 4000 pesakit kanser yang disebabkan pendedahan radiasi bahan radioaktif. Kerugian akibat dari kemusnahan loji nuklear Chernobyl dianggarkan sebanyak $7 bilion dolar Amerika.

  1. Bencana Reaktor Nuklear Three Mile Island adalah yang terburuk dicatatkan di Amerika Syarikat yang berlaku pada tahun 1979 di Pennsylvania. Dua unit reaktor di loji terbabit mengalami pencairan separa dan membebaskan radiasi sinaran radioaktif. Kesan daripada tragedi itu, projek peluasan tenaga nuklear Amerika Syarikat dibekukan serta merta buat sementara waktu.


  1. Kesan radiasi bahan radioaktif terjadi apabila seseorang terdedah kepada 1000 mSv per jam. Pekerja Chernobyl meninggal dunia dalam tempoh sebulan dan juga dalam masa seminggu apabila mereka terdedah kepada sinaran radioaktif sebanyak 6'000 mSv per jam dan 10'000 mSv kedua-duanya.

  1. Golongan yang menyokong penjanaan eletrik dari tenaga nuklear sentiasa memberi jamian bahawa penggunaan tenaga nuklear adalah bebas dari pencemaran dan pelepasan gas rumah hijau selain berkeupayaan menghasilkan jumlah tenaga yang murah serta banyak berbanding sumber tenaga konvensional. Mereka juga menegaskan bahawa loji tenaga nuklear seperti di US mengamalkan ciri-ciri keselamatan yang ketat

  1. Para penentang dan pengkritik penggunaan tenaga nuklear pula sentiasa berhujah tentang isu-isu keselamatan loji nuklear, isu rawatan sisa bahan radioaktif dan juga kos pembinaan loji nuklear yang yang tinggi.
Jadi, adakah tenaga nuklear ini berpotensi untuk menjadi sumber tenaga baru di Malaysia???

till then,salam
may Allah bless=)

No comments:

Post a Comment