Tuesday 20 September 2011

KPD3016>>>20/09/11

Assalamualaikum semua....

Pada hari ini kami telah membincangkan satu topik iaitu Pendidikan, Pembelajaran, Pengajaran, Instruksi, Teknologi dan Penaksiran . Pada awal sesi pengajaran setiap pelajar mengemukakan idea masing-masing terlebih dahulu. Selepas itu kami diberi tugasan berkumpulan iaitu setiap kumpulan terdiri daripada enam orang pelajar. Kami ditugaskan untuk membina satu carta aliran mengenai perkaitan tajuk tersebut. Selepas selesai membuat carta aliran setiap kumpulan membentangkan hasil tugasan masing-masing. Ini ialah carta aliran yang dibuat oleh kumpulan kami =)

Selain itu kami juga perlu mengisi satu jadual yang merupakan hasil pembelajaran pada hari ini. Jadual ini adalah salah satu model dalam "Advance Organizer" iaitu teknik KWHL.

 What you Know
 What You Want to   Know
 How to Find Out
 What You Learned
  •  Pendidikan ialah proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Pembelajaran ialah proses penerimaaan ilmu oleh pelajar.
  • Pengajaran ialah proses pemindahan ilmu dari guru kepada pelajar.
  • Intruksi ialah arahan guru kepada pelajar.
  • Teknologi ialah medium yang lebih canggih digunakan oleh guru dalam proses pengajaran.
  • Penaksiran ialah proses mendapatkan data  mengenai pengetahuan pelajara dan apa yang dapat mereka lakukan.

  •  Apakah maksud pendididkan, pembelajaran, pengajaran, teknologi, penaksiran dan instruksi.
  • Apakah perbezaan bagi setiap perkataan ini.

  •  Pengajaran di dalam kelas.
  • internet
  • pembacaan ilmiah.

  • Pendidikan: Proses di mana pelajar mampu mempelajari sesuatu dengan tujuan membangunkan dirinya secara holistik. Pendidikan boleh jadi formal, non-formal, dan informal
  • Instruksi: Proses memudah cara pembelajaran ke arah objektif yang telah ditetapkan sama ada melalui guru atau cara lain
  • Pengajaran:Tindakan guru  guru secara langsung yang direka bentuk bagi membantupembelajaran.
  • Teknologi: Set peralatan dan sumber yang membantu menyelesaikan masalah adaptasi yang dihadapi manusia dalam persekitarannya
  • Penaksiran: Proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan bagi membantu dalam proses membuat keputusan..
  • Pembelajaran: Proses membina dan mendapat pengetahuan, kemahiran, sikap, dan nilai tertentu yang boleh diaplikasikan


Sekian,salam.
may Allah bless=)



No comments:

Post a Comment