Friday, 23 September 2011

Model Instruksi dan Pengajaran

Pada hari ini kami didedahkan tentang Model Instruksi dan Pengajaran. Model ini sangat penting dalam membuat rancangan pengajaran di dalam kelas. Model ini boleh dibuat berpandukan pelbagai teori pengajaran contohnya seperti Teori Behaviour dan Teori Konstruktivisme. Pada hari ini kami ditugaskan membuat model pengajaran berpandukan teori Konstruktivusme. Teori ini sesuiai diaplikasikan dalam pengajaran Sains khususnya subjek Fizik. Berikut adalah konsep-konsep dalam Teori Konstruktivisme yang dicadangkan oleh Caine and Caine (1991) :


  1. Otak itu prosesor yang selari. Ia memproses banyak jenis maklumat termasuk fikiran, emosi dan pengetahuan budaya. Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai strategi pengajaran.
  2. Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru tidak boleh menumpukan kepada intelek sahaja.
  3. Usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi. Pengajaran efektif menyedari bahasa pengertian bagi seseorang adalah personal dan unik, pemahaman seseorang pelajar bergantung kepada pengalaman uniknya.
  4. Usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan. Pengajaran efektif menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan tema global.
  5. Emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan sikap.
  6. Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara serentak. Orang menghadapi masalah membelajari sesuatu jika bahagian kecil atau keseluruhan diabaikan.
  7. Pembelajaran melibatkan perhatian berfokus dan persepsi keliling (peripheral). Pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan iklim.
  8. Pelajaran melibatkan proses sedar dan tak sedar. Pelajar memerlukan masa untuk memproses 'apa' dan 'bagaimana' isi pelajarannya.
  9. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan: sistem ingatan ruang (spartial) dan sistem ingatan untuk pembelajaran hafalan. Pengajaran yang terlalu mengutamakan pembelajaran hafalan tidak memajukan pembelajaran ruang dan pembelajaran berasaskan pengalaman boleh menghalang pemahaman murid.
  10. Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran diselitkan dalam ingatan natural dan ruang. Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif.
  11. Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik darjah harus mencabar tetapi tidak mengugut pelajar.
  12. Setiap otak adalah unik. Pengajaran mestilah dipelbagaikan agar murid-murid dapat menyatakan kecenderungan masing-masing.    

Selepas memahami konsep-konsep dalam teori ini kami telah membuat carta aliran rancangan pengajaran. Berikut adalah contoh model rancangan pengajaran yang diberikan oleh pensyarah kami Dr Nurulhuda :
Model pengajaran ini dapat diaplikasikan supaya proses P&P berlaku dengan lebih berkesan.

Sekian untuk hari ini...salam

Tuesday, 20 September 2011

KPD3016>>>20/09/11

Assalamualaikum semua....

Pada hari ini kami telah membincangkan satu topik iaitu Pendidikan, Pembelajaran, Pengajaran, Instruksi, Teknologi dan Penaksiran . Pada awal sesi pengajaran setiap pelajar mengemukakan idea masing-masing terlebih dahulu. Selepas itu kami diberi tugasan berkumpulan iaitu setiap kumpulan terdiri daripada enam orang pelajar. Kami ditugaskan untuk membina satu carta aliran mengenai perkaitan tajuk tersebut. Selepas selesai membuat carta aliran setiap kumpulan membentangkan hasil tugasan masing-masing. Ini ialah carta aliran yang dibuat oleh kumpulan kami =)

Selain itu kami juga perlu mengisi satu jadual yang merupakan hasil pembelajaran pada hari ini. Jadual ini adalah salah satu model dalam "Advance Organizer" iaitu teknik KWHL.

 What you Know
 What You Want to   Know
 How to Find Out
 What You Learned
  •  Pendidikan ialah proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Pembelajaran ialah proses penerimaaan ilmu oleh pelajar.
  • Pengajaran ialah proses pemindahan ilmu dari guru kepada pelajar.
  • Intruksi ialah arahan guru kepada pelajar.
  • Teknologi ialah medium yang lebih canggih digunakan oleh guru dalam proses pengajaran.
  • Penaksiran ialah proses mendapatkan data  mengenai pengetahuan pelajara dan apa yang dapat mereka lakukan.

  •  Apakah maksud pendididkan, pembelajaran, pengajaran, teknologi, penaksiran dan instruksi.
  • Apakah perbezaan bagi setiap perkataan ini.

  •  Pengajaran di dalam kelas.
  • internet
  • pembacaan ilmiah.

  • Pendidikan: Proses di mana pelajar mampu mempelajari sesuatu dengan tujuan membangunkan dirinya secara holistik. Pendidikan boleh jadi formal, non-formal, dan informal
  • Instruksi: Proses memudah cara pembelajaran ke arah objektif yang telah ditetapkan sama ada melalui guru atau cara lain
  • Pengajaran:Tindakan guru  guru secara langsung yang direka bentuk bagi membantupembelajaran.
  • Teknologi: Set peralatan dan sumber yang membantu menyelesaikan masalah adaptasi yang dihadapi manusia dalam persekitarannya
  • Penaksiran: Proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan bagi membantu dalam proses membuat keputusan..
  • Pembelajaran: Proses membina dan mendapat pengetahuan, kemahiran, sikap, dan nilai tertentu yang boleh diaplikasikan


Sekian,salam.
may Allah bless=)



Friday, 16 September 2011

Fakta tentang Tenaga Nuklear>>


  1. Loji tenaga nuklear menghasilkan tenaga elektrik melalui pemanasan air untuk menghasilkan wap panas yang akan menggerakkan turbin. Bagi menghasilkan wap, loji nuklear menggunakan haba yang terhasil dari penguraian bahan radioaktif – pembelahan nukleus atom bahan radioaktif (kebiasaannya Uranium)

  1. Amerika Syarikat memiliki 104 reaktor di loji nuklear yang menghasilkan 20 peratus jumlah penghasilan tenaga di seluruh negara tersebut. Pada tahun 2009, 13-14 peratus penjanaan tenaga elektrik seluruh dunia dihasilkan menggunakan tenaga nuklear.

  1. Jumlah keseluruhan reaktor tenaga nuklear peringkat komersial dianggarkan melebihi 440 buah yang beroperasi di 30 buah negara seluruh dunia.

  1. Terdapat 62 loji nuklear yang sedang dibina di seluruh dunia pada masa ini.

  1. Bencana loji tenaga nuklear berlaku apabila bahan radioaktif dalam teras reaktor mengalami pemanasan melampau dan mengalami pencairan. Situasi ini akan membebaskan bahan radioaktif yang tidak terkawal ke persekitaran.

  1. Bencana Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 dikategorikan sebagai bencana terburuk kemalangan loji nuklear di dunia. Ia mengorbankan 56 nyawa serta merta dan menyebabkan lebih 4000 pesakit kanser yang disebabkan pendedahan radiasi bahan radioaktif. Kerugian akibat dari kemusnahan loji nuklear Chernobyl dianggarkan sebanyak $7 bilion dolar Amerika.

  1. Bencana Reaktor Nuklear Three Mile Island adalah yang terburuk dicatatkan di Amerika Syarikat yang berlaku pada tahun 1979 di Pennsylvania. Dua unit reaktor di loji terbabit mengalami pencairan separa dan membebaskan radiasi sinaran radioaktif. Kesan daripada tragedi itu, projek peluasan tenaga nuklear Amerika Syarikat dibekukan serta merta buat sementara waktu.


  1. Kesan radiasi bahan radioaktif terjadi apabila seseorang terdedah kepada 1000 mSv per jam. Pekerja Chernobyl meninggal dunia dalam tempoh sebulan dan juga dalam masa seminggu apabila mereka terdedah kepada sinaran radioaktif sebanyak 6'000 mSv per jam dan 10'000 mSv kedua-duanya.

  1. Golongan yang menyokong penjanaan eletrik dari tenaga nuklear sentiasa memberi jamian bahawa penggunaan tenaga nuklear adalah bebas dari pencemaran dan pelepasan gas rumah hijau selain berkeupayaan menghasilkan jumlah tenaga yang murah serta banyak berbanding sumber tenaga konvensional. Mereka juga menegaskan bahawa loji tenaga nuklear seperti di US mengamalkan ciri-ciri keselamatan yang ketat

  1. Para penentang dan pengkritik penggunaan tenaga nuklear pula sentiasa berhujah tentang isu-isu keselamatan loji nuklear, isu rawatan sisa bahan radioaktif dan juga kos pembinaan loji nuklear yang yang tinggi.
Jadi, adakah tenaga nuklear ini berpotensi untuk menjadi sumber tenaga baru di Malaysia???

till then,salam
may Allah bless=)

Tuesday, 13 September 2011

KPD3016>>>13/09/11


Assalamualaikum...
*    
  •   Pada hari ini kami didedahkan dengan definisi penaksiran.
  •  P
    enaksiran bermaksud proses mengumpul data tentang pengetahuan pelajar dan apakah yang boleh mereka lakukan.
  • Penaksiran berkait rapat dengan kaedah mengajar. Selepas membuat penaksiran guru dapat mengetahui aras pemahaman pelajar.
  •   Oleh itu guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih berkesan.
  •   Terdapat dua jenis kaedah penaksiran iaitu “assesment for learning” dan “assesment of learning”.
  •    Alat  yang digunakan untuk penaksiran pula dipanggil “rubrict”.
  • Terdapat dua jenis rubrict iaitu “self-reflection” dan “group reflection”.
>>“Telah berkata Syed Qutb r.a... “Saat kekalahan itu bermula ketika berasa lemah dan  berputus asa dalam perjuangan, sedangkan saat kemenangan itu bermula ketika melawan rasa lemah dan putus asa”

                    
Sekian,wassalam
May Allah bless=)

KPD3016>>>>12/09/11

Assalamualaikum.


Hari ini adalah hari pertama kelas untuk kursus KPD3016.  Di dalam kelas ini kami telah didedahkan dengan satu kemahiran moden  iaitu " 21st Century Skill". Kemahiran ini diperlukan oleh kita untuk bersaing dengan masyarakat global.



Huraian lengkap mengenai kemahiran ini boleh dimuat turun di laman web www.21stcenturyskills.org


>>Kami juga didedahkan dengan senarai tugasan dalam kursus ini. Tugasan pertama yang perlu disiapkan ialah Project Based Learning. Kami telah dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada lapan orang ahli.


>>Jom uji tahap pengetahuan kita selepas cuti sem yang agak panjang ya dengan soalan-soalan ini =)
   1.       How is life without energy? 
               2.     How does energy shortage affect our life?        
        3.   What do you know about nuclear energy? Can it be the dominant energy source in Malaysia? Justify  your answer. 
       
        Till then,salam.







Monday, 12 September 2011

Selamat datang>>welcome>>ahlan wasahlan=)

Assalamualaikum semua...
Selamat datang ke sem baru. dah 4 bulan cuti kan..kejap ja rasa..


Tapi tak la nangis-nangis macm tu kan...semangat baru sebagai seorang pelajar WAJIB diteruskan =).

Dan kelas pertama hari ini ialah KPD3016 iaitu Kursus Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 . Kursus ini wajib untuk semua bakal pendidik ya kawan-kawan. Pensyarahnya adalah Dr  Nurulhuda Abd Rahman...Dan ini la tugas pertama kami hari ni>>>>>blogging.


Seperti tertulis diatas "di sini segalanya tentang Fizik" sahaja dan lebih tepat lagi mengenai tenaga nuklear.


Akhir kata selamat datang ke blog ini..

Salam...may Allah bless