Sunday, 13 November 2011

Thinking Based Learning

Kemahiran mengajar hari ini adalah kemahiran "Thinking Based Learning". Kemahiran ini membolehkan pelajar berfikir tentang pemikiran mereka ataupun dikenali sebagai "thinking about thinking". Teknik pemikiran ini telah saya ringkaskan dalam peta minda di bawah :

Sekian...

Friday, 11 November 2011

Problem Based Learning

 Our class today is procedd with new teaching method which is Problem Based Learning Skill or PBL.
It is one of the example of inquiry learning method.

Student starts the learning with a problem that given by the teacher. The problem based on daily life and the solution are varied.

The step in pbl method is :


To solve the problem student can use a graphic organizer which known as PBL thinking Template or FILA Chart.


Till then,salam=)



Thursday, 10 November 2011

Kemahiran Mikropengajaran>>Kemahiran Menerang

Assalamualaikum semua...

Cepat ya masa berlalu, sedar tak sedar sekarang dah minggu ke tujuh.  Tugasan coursework pon semakin banyak.

Okey jom kita review pelajaran untuk kelas hari ni. Kemahiran mikroteaching diteruskan lagi dengan kemahiran menerang. Kemahiran ini adalah sangat penting dalam proses pengajaran. Jika penerangan yang diberikan oleh guru jelas dan menarik, pelajar akan memahami pelajaran tersebut dan matlamat pengajaran dapat dicapai.

Jenis-jenis penerangan adalah :


Komponen penting dalam menerang adalah :

Sekian...have a nice day=)

Tuesday, 1 November 2011

Kemahiran Mikropengajaran>>Kemahiran Memperkukuh

Assalamualaikum semua...


Hari ni merupakan kelas ganti kursus ini kerana cuti Hari Raya Depavali sudah bermula. Kemahiran mikropengajaran diteruskan lagi dengan Kemahiran yang ke empat iaitu Kemahiran Memperkukuh.


Kemahiran ini diperlukan oleh seseorang guru dalam memantapkan pemahaman pelajar semasa mengajar nanti. Antara tujuan lain memperkukuh adalah :

  • Meningkatkan interaksi bilik darjah
  • Memperbaiki disiplin bilik darjah
  • Memotivasi pelajar
  • Meningkatkan keyakinan pelajar
  • Mengubah atau mengubah suai kelakuan pelajar secara positif

Semasa memperkukuh dalam sesi pengajaran, seseorang guru haruslah :

  •        Tunjukkan kemesraan, keghairahan/semangat kesungguhan, dan masukkan unsur kecindan
  •        Berfikiran terbuka terhadap kelakuan pelajar
  •        Pelbagaikan kaedah, media, teknologi dan aktiviti
  •        Bersifat ikhlas .








Tuesday, 18 October 2011

Kemahiran Mikropengajaran>>Kemahiran Menyoal

Assalamualaikum semua...

Hari ini kelas diteruskan lagi dengan Kemahiran Mikrotaeching iaitu kemahiran menyoal. Antara beberapa tujuan menyoal adalah untuk :
  • mewujudkan semangat inkuiri pelajar
  • menjadikan pelajar aktif di dalam kelas
  • menarik perhatian pelajar
  • Menggalakkan pelajar bertanya
  • mentafsir kefahaman pelajar.

Antara langkah-langkah dalam kemahiran menyoal adalah :
  • Ajukan soalan kepada keseluruhan kelas
  • Memberi masa untuk pelajar berfikir (wait time)
  • Memilih pelajar untuk menjawab.
  • Memberi respon atau reaksi pelajar. Antara komponen di dalam langkah ke 4  ini ialah :
prompting : Guru memberi galakan kepada pelajar jika pelajar tidak boleh menjawab soalan. Contohnya guru memberi klu atau mengolah soalan supaya lebih mudah.
Probing : Jika pelajar menjawab dengan ringkas, guru bertanya dengan lebih lanjut kepada pelajar tersebut. Contohnya : "How do you know?" , " can prove it?"
Asking around : Apabila pelajar bagi soalan, guru meminta pelajar lain untuk menjawabnya (redirect)
Interrelating : Guru mengaitkan semua jawapan dan idea, guru bantu pelajar buat kesimpulan.


  • Membuat ringkasan jawapan yang tepat.

Sebelum kelas berakhir setiap kumpulan dikehendaki untuk mendemonstrasi kaedah menyoal di dalam pengajaran.


Sekian,salam.

Monday, 17 October 2011

Kemahiran Mikropengajaran>>Kemahiran Mencungkil Idea

Assalamualaikum semua...

Saya rasa kelas ni semakin menarik lah. Rasa macam dah jatuh cinta dengan kelas ni,hehe. Mungkin sebab lecturernya bes kan.

Ok nak review sikit apa yang kami belajar hari ni=)


Pada awal kelas Dr Nurul Memberi penerangan mengenai Teaching Unit. Sambungan dari komponen 4 hingga komponen 6.


Selepas itu kami diperkenalkan dengan tajuk kuliah yang baru iaitu Kemahiran Mikroteaching. Hari ini kami hanya menyentuh unit 1 iaitu memulakan pengajaran di dalam kelas. Ini adalah proses dimana untuk mencungkil idea pelajar sahaja. 


Proses ini adalah penting untuk :
**Menarik perhatian pelajar
**Membantu pelajar untuk bersedia dari segi kognitif dan efektif
**Membantu pelajar mengenal objektif pembelajaran
**Membina aliran pemikiran pelajar
**DApat mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar dan miskonsepsi mereka.


Antara teknik yang boleh digunakan untuk mencungkil idea pelajar adalah menggunakan peta konsep dan kartun konsep.


Concept map
>>Dalam teknik ini mempunyai beberapa kotak yang akan diisi dengan konsep dan anak panah yang menggambarkan hubungan antara konsep di dalam kotak. 
>>Di bawah anak panah pula akan ditulis dengan ayat bermakna yang menggambarkan hubungan antara konsep-konsep.
>> Konsep ini dapat membantu pelajar dalam memahami sesuatu pembelajaran.
>>Mereka dapat mengaitkan konsep-konsep yang terdapat dalam sesuatu topik dengan lebih detail.
>>Guru boleh memperaktikkan konsep dalam proses mengcungkil idea pelajar. Contohnya guru memberikan sehelai kertas kosong dan meminta pelajar melukis satu peta konsep tentang sesuatu tajuk.
>>Ini adalah salah satu contoh peta konsep.






Cartoon Concept
Saya sangat suka konsep ni. Memang menarik lah kalau diaplikasikan semasa mengajar nanti.

>>Konsep ini adalah satu kaedah yang menggunakan beberapa karaktor kartun dalam menghuraikan atau membincangkan tentang sesuatu konsep. Setiap karaktor kartun mempunyai pendapat masing-masing.
>>Melalui konsep ini, guru akan memberi satu ilustrasi kartun. Pelajar diminta untuk memilih pendapat kartun yang mereka dirasakan betul mengenai sesuatu konsep.
>>Guru juga boleh membuat satu kotak  yang masih kosong dan meminta pelajar untuk mengisinya mengikut pendapat mereka sendiri.


Ok ni lah contoh cartoon concept. Menarik bukan???


Till then,salam.

Inquiry Lab Learning Skill

Assalamualaikum semua...

Cook Book Lab vs Inquiry Lab. Macam menarik kan bunyinya, macam perlawanan bola sepak pon ada. Sebenarnya ini adalah dua teknik yang diperaktikkan oleh guru dalam pengajaran amali atau sesi eksperimen.

*"Cook Book Lab" bermaksud guru memberi manual atau atau panduan sepenuhnya semasa pelajar menjalankan eksperimen. Hal ini bermaksud pelajar menjalankan eksperimen berdasarkan kaedah yang diberi semata-mata.

*Dalam Inquiry Lab pula pelajar akan diberi satu "central guiding question" oleh guru. Berdasarkan soalan tersebut pelajar yang dibentuk dalam kumpulan akan berusaha mencipta manual eksperimen dan menjalankan eksperimen sendiri tetapi masih dikawal oleh guru. Dengan kata lain, guru hanya bertindak sebagai pemudah cara dalam sesi amali.

Pada kuliah hari ini kami telah memperaktikkan Teknik Inquiry Lab. Kami telah dibahagikan kepada kumpulan kecil yang terdiri 4 orang ahli.

Dr Nurul telah memberikan satu "central guiding question" iaitu What is relationship between the bouyant force and the weight of liquid displaced?


Jom...kita buat eksperimen!!!!


Macam ni lah susunan radas untuk eksperimen ni.


1)Hypothesis : Bouyant force = weight of water displaced by the object

2) Manipulated variable : Volume of the immersed object
    Responding Variable : Weight of water displaced.
    Constant variable : Density of water.


3) Operational operation
   How to determine the bouyant force of water : Measure the weight of object in the air, actual   weight. Measure the weight of object in the water, apparent weight. 
Bouyant force = Actual weight-Apparent weight
    Weight of water : TAke the reading of weight of displaced water.


4) Radas : Seperti dalam rajah di ats=)


5) Result
Weight of object in air = 1.15 N
Weight of object in water = 1.0 N
Bouyant Force = 0.15 N
Weight of water of water displaced = 0.21 N


Tapi keputusan eksperiment ini tidak tepat sangat sebab ada ralat.


Sebelum kelas tamat, Dr Nurul memberi satu lagi soalan menarik berkaitan bouyant force.

Why do heavy steel ship floats while a piece of much light coin steel sink in water???







** Steel ship
>>Bouyant force is depent on the volume of water displace.
>>The area of steel ship that attach to the water is larger.
>>So, the amount of water displaced in higher.
>>At the beginning ship will sink and then slowly moved upward and sink
>>This is because the bouyant force is higher than weight of weight of water displace.
>>At the surface of water, the bouyant force will equal to the weight of water displaced makes the ship to float.


**Coin steel

>>Bouyant force is depent on the volume of water displace.
>>The area of coin steel that attach to the water is smaller
>>So, the amount of water displaced is lower
>>At beginning steel coin will move downward into water and sink at the bottom.
>>It will not move upward because the bouyant force is too small and less than the volume water displaced and maked it to sink.


That's all for today=)