Tuesday, 11 October 2011

Model Pengajaran Inkuiri

Assalamualaikum semua..
Ini adalah post sambungan  untuk kelas kami 10/10/11. Pada hari tersebut perbincangan kami berfokus kepada Model Pengajaran Inkuiri.


Tabii Sains : :
  • Bersifat empirik
  • Kreatif dan imaginati
  • Boleh berubah-rubah 
  • Dipengaruhi oleh teori
  • Terapan sosial dan budaya
Inkuiri Saintifik : :
  • Bukti
  • Gabungan logik
  • Imaginasi
  • Penerangan
  • Ramalkan
  • cari maklumat
  • Menyoal
  • Menyiasat
Ini adalah proses pengajaran dalam model ini.

Sekian,salam.

Teaching Unit

Assalamualaikum semua...

Minggu ini merupakan minggu ke lima untuk sem ni. Cepat betul masa berlalu ya.
Pada hari ini kami telah mempelajari Model Inkuiri. Perkara pertama yang disentuh ialah Teaching Unit. . Teaching Unit adalah plan instruksi atau pengajaran yang mengandungi rangka terperinci berdasarkan sesuatu tema atau bahagian dari sesuatu mata pelajaran yang disusun dengan teliti. Tujuan utama unit pengajaran ini adalah untuk menjadi rujukan kepada guru semasa sesi pengajaran kerana ia disusun lebih awal. 


Tugasan Kedua : Membuat Teaching Unit ^___^


Itulah tugasan kami yang kedua dalam kursus ini. 
Akhir kata gut luck to my my new group; yana,nad, fatinah and me myself=)

Let's think about it=)

Hye there ^___^

Finally i  have done my pjbl task which consist of debate and seminar..well done to all my course mate and myself. But here there are two centre guided questions  need to  answer. So, let check it out=)

1. How life without energy????
2. Can Nuclear Energy become a dominant energy in Malaysia????


Here some answer for question 1 that i have 'google' from internet: 



... living in the dark, unable to keep warm, turn on a light or boil a kettle



... relying on burning wood or dung to cook, and having to breathe in potentially fatal smoke


... your child living under the shadow of disease because they couldn't have a vital vaccine, due to a lack of refrigeration


Education without energy?

Without energy, people's ability to get a decent education is severely affected
Education is acknowledged as a crucial factor in helping people escape from poverty. In communities without energy children are often forced out of school to help collect cooking materials or earn money.
When they do go to school it has to be in daylight, which restricts their hours especially as many children walk for hours to get there. When they arrive home needing to do their schoolwork, they have no light to study and all that greets them is darkness. Or they have to rely on kerosene to provide precious light, which is both expensive and dangerous; if a lamp is knocked over it can cause serious burns.
Computers, radio or TV lessons are important tools in the modern education. A lack of electricity restricts the opportunity for children to further their education. And teachers don't want to work in communities where there are no lights, little equipment, no TVs, computers or life after dark.

Livelihoods without energy?

Without energy people's ability to earn a living is also severely affected. As with education, life without modern energy is also denying people knowledge. Without electricity there is no access to radios, computers or the internet, this means no access to vital information such as radio programmes about farming techniques, flood warnings or local news.
Lack of energy means people struggle to start a simple business like; sewing, welding, or battery recharging which could be their way permanently out of poverty.

Health without energy?

Without clean, modern energy people's health can be severely affected
One of the greatest energy needs across the world is for cooking, something which we take for granted. Without a decent energy supply, people are forced to rely on biomass - wood or animal dung - for cooking.
Women and children can spend hours every day searching for increasingly scarce resources. They are at risk from wild animals and in some countries, rape. But it doesn't end there, once they start burning biomass, the thick acrid smoke cause's serious lung diseases turning kitchens into death traps. Children and their mothers are most at risk, choking, retching and gasping to get air to their lungs which are being attacked and destroyed by smoke.
More people die from smoke inhalation than malaria. According to the World Health Organisation's , diseases associated with indoor air pollution claim 1.6 million lives every year - that's one person every 20 seconds.
This is sample answer for question 2 ;


Nuclear Energy can be a dominant energy in Malaysia because Malaysia will run out of Petroleum which is a dominant source of energy for now. We should replace the petroleum with other high potential of energy source. And the answer is NUCLEAR ENERGY. This is because Nuclear Energy have a lot of advantages. This is the list of advantages of nuclear energy compare to other energy. 

  • Nuclear power plants are more efficient than ever before. New technology has made them more reliable (they break down less often) and safer. People for nuclear power argue that this is evidenced by more and more nations (such as China) building nuclear power plants.
  • Reduce greenhouse gas emissions. This is a contentious issue. Proponents of nuclear power argue that, as no coal or fossil fuels are burnt, no carbon dioxide is released into the air. However, uranium has to be mined and transported to the nuclear plant. Both these activities require burning of fuels, so carbon dioxide is released. Also, producing nuclear fuel from the uranium requires a lot of energy, which also contributes to the emission of greenhouse gases.
  • Although the initial cost of building nuclear plants is high, the running costs are relatively low.
  • One reason the costs are low is that nuclear plants need only a small amount of uranium to produce a lot of energy. In fact, if the cost of uranium doubled, costs would only be increased by 7%. 1 truck of uranium produces as much energy as 1000 trucks of coal!
  • Reduces dependence on foreign oils and natural gas (like biofuels). America, for instance, imports a lot of oil and natural gas from other countries. The price of these products is volatile, and change very quickly. If the price increases quickly, consumers have to pay more for their electricity (which they may not be able to afford). Building more nuclear power plants means that Americans will not be susceptible to price rises in oil and gas. 
  • Nuclear wastes can be safely stored underground.

So,what are you think???
Till then,salam.

~Tension itu Indah~

Assalamualaikum semua....

Sebenarnya sekarang ni sangatlah sibuk. Banyak betul coursework dan report-report yang kena buat.
Tapi tak payah nak depress2 kan. Jom layan lagu ni...sambil berhibur boleh "remind"kan diri supaya menjadi lebih=)

I really love this song. Bila dengar lagu ni rasa macam dengar nasihat dari mak dan ayah lah...actually start suka lagu ni lepas baca novel Rooftop Rant oleh Hlovete.


"Perubahan boleh berlaku dalam keadaan anda suka atau tidak. Apa yang pasti, perubahan ke arah kebaikan itu mencetuskan kebaikan kepada diri sendiri. Dorongan insan lain yang memahami jiwa seseorang adalah suatu kekuatan yang sentiasa menyokong dan menolak seseorang itu untuk mencapai impian hatta setinggi mana pun diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh tetapi sentiasa bertawakkal kepada-Nya."


This is the best quote that I still remember from that novel.


Till then,salam.

Sunday, 9 October 2011

Refleksi Project Based Learning (PJBL)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah satu tugasan kursus kpd3016 yang pertama sudah berjaya dilaksanakan iaitu Debat dan Seminar Malaysia dan Nuklear. Tugasan pertama ini membawa kepada 15% daripada markah keseluruhan kursus ini.

Tugasan debat ini diadakan pada 3/10/11 iaitu pada hari Isnin yang bertempat di Makmal Kaedah Mengajar. KAmi dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kerajaan (pro) dan Pembangkang (kons). Barisan "pro" terdiri dari tiga kumpulan kecil yang membawa perspektif kerajaan dan orang awam manakala pihak "cons" mewakili suara-suara orang awam. Kumpulan saya sendiri dari pihak pro dan satu-satunya minoriti orang awam yang menyokong pembinaan dan penggunaan Tenaga Nuklear di Malaysia. 


Tugasan debat ini ternyata hangat apabila kedua-dua belah pihak bersungguh-sungguh dalam menyampaikan hujah. Debat yang dirancang diadakan selama satu jam sahaja berlarutan sehingga dua jam setengah. Begitulah bersemangatnya para penghujah-penghujah pada hari itu.


Kesimpulan yang boleh saya buat daripada debat ini ialah pihak pencadang melihat isu Tenaga Nuklear ini dari sudut positif iaitu mengutarakan hujah-hujah tentang keselamatan yang boleh diambil dalam pengendalian Tenaga Nuklear. Manakla pihak pembangkang lebih melihat dari sudut kesan buruk Tenaga Nuklear kepada alam sekitar dan kesihatan manusia. Kedua-dua pihak berjaya mengemukakan bukti kukuh daripada pelbagai kajian yang telah dibuat dan rujukan dari internet.

Pada akhir aktiviti debat ini, Dr Nurulhuda iaitu pensyarah kami membuat penggulungan hujah bahawa penggunaan Tenaga Nuklear adalah relevan pada masa hadapan tetapi masih mempunyai kebaikan dan keburukannya. beliau juga mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar AT12 kerana bersungguh-sungguh dalam menjayakan aktiviti ini.


Seminar Malaysia dan Nuklear : Relevankah Tenaga Nuklear di Malaysia pula diadakan pada 4/10/11 di Auditorium Utama,UPSI. Seminar pada hari tersebut sangat bermakna dengan kehadiran wakil dari Agensi Tenaga Nuklear Negara dan dirasmikan oleh Timalan Naik Dekan Fakulti Pendidikan UPSI. Seminar ini disertai oleh warga UPSI yang rata-ratanya berminat mengenai isu ini.


Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga UPSi tentang Tenaga Nuklear. Hal ini kerana masih ramai yang belum memahami Tenaga Nuklear dengan sepenuhnya. Mereka hanya terdedah mengenai isu ini menerusi media massa khususnya televisyen. Media massa hari ini malangnnya terlalu taksub dalam menyampaikan propaganda mengenai keburukan Tenaga Nuklear. 


Dalam seminar ini, wakil dari Agensi Nulear Malaysia telah memberikan sedikit penerangan mengenai isu ini. Pelbagai pengetahuan baru dapat diperolehi melalui penerangan beliau. Salah satu input yang menarik adalah sisa tenaga Nuklear boleh dikitar semula pada masa hadapan dan boleh digunakan semula untuk menghasilkan tenaga yang baru.


Kesimpulan daripada kedua-dua aktiviti ini, kami dapat mendalami pelbagai ilmu baru disamping dapat menambahkan kemahiran insaniah khususnya dalam penganjuran program. Diharap aktiviti seperti ini dapat dimanfaatkan semasa menjadi pendidik nanti dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.


Akhir kata tahniah untuk Kumpulan AT12 kerana berjaya melaksanakan tugasan ini=)


Sekian..

Saturday, 1 October 2011

Perbezaan antara Konsep, Fakta, Hukum dan Teori

Assalamualaikum semua...


Hari ini kami telah mempelajari unit yang baru. Kami didedahkan dengan perbezaan antara perkataan-perkataan diatas. Nampak macam sama kan tapi sebenarnya tak serupa maksudnya. 




Memang confius kan tapi sebenarnya mudah saja.Mari kita tengok sama-sama apa perbezaannya. Dalam bahasa yang mudah inilah definisinya: 


Konsep : Sesuatu yang boleh dihuraikan.


Fakta : Pemerhatian yang dibuat berulangkali.


Hukum atau law : Sesuatu yang memperihalkan sesuatu perkara. Ianya adalah penyataan semata-mata.


Teori : Sesuatu yang sudah terbukti dan boleh meneramgkan tentang sesuatu hukum.


mudah saja kan perbezaan antara perkataan-perkataan ini=)


Sekian,jumpa lagi..
May Allah bless always;p

Kemahiran Saintifik

Assalamualaikum semua...

Hari ini adalah hari kedua kuliah kursus KPD3016 pada minngu ke tiga. Pada awal kelas kami membincangkan tentang Kemahiran Saintifik. Kemahiran ini sangat penting dalam menjalankan sesebuah eksperimen.


Sebenarnya ini adalah tugasan semalam.Kami dikehendaki mencari definisi bagi setiap elemen dalam kemahiran ini beserta dengan contoh.

Kemahiran yang pertama adalah Inferring. Inferring ialah kesimpulan awal  yang dibuat untuk menerangkan sesuatu pemerhatian. 
Contoh : Dalam satu eksperimen terdapat akuarium A dan akuarium B. Akuarium A mempunyai ikan yang lebih banyak berbanding akuarium B. Selepas beberapa hari didapati ikan dalam akuarium A banyak mati manakala ikan dalam akuarium B masih hidup. Inference daripada eksperimen ini ialah ikan dalam akurium A mengalami persaingan untuk mendapatkan makanan. 

Kemahiran ke dua ialah predicting. Predicting ialah jangkaan terhadap sesuatu hasil yang akan berlaku. Contohnya dalam satu eksperimen pelajar membuat ramalan bahawa selepas beberapa jam katak yang diletakkan didalam bekas yang tertutup akan mati.


Kemahiran ke tiga ialah communicating. Satu proses untuk mencari atau mendengar dan menyatakan sesuatu idea. Kemahiran ini dapat diterjemahkan melalui mendengar / mencari / memberi maklumat.  


Kemahiran ke empat ialah Using space-time relationship. Kemahiran ini bermaksud pelajar mempunyai kemahiran untuk mengjuraikan perhubungan antara ruang dan masa. Contohnya dalam satu eksperiment untuk membuktikan hubungan tekanan dan kedalaman didalam mendalir. Melalui kemahiran ini perhubungan yang boleh dibuat ialah semakin bertambah kedalaman semakin bertambah tekanan di dalam bendalir.


Kemahiran ke lima ialah Interpreting data. Kemahiran ini bermaksud pelajar berupaya untuk menjelaskan tentang sesuatu data hasil daripada penyiasatan saintifik. 


Kemahiran ke enam ialah Defining operationally. Kemahiran ini bermaksud pelajar berupaya untuk memberi definisi sesuatu konsep yang boleh memberi nilai bernombor. Contohnya dalam satu eksperimen untuk menentukan jumlah tekanan dalam bendalir. Tekanan dalam bendalir boleh ditentukan dengan melihat jarak pancutan air yang keluar dari beberapa lubang yang ditebuk pada satu botol.


Kemahiran ke tujuh ialah controlling variable. Melalui kemahiran ini pelajar dapat mengenalpasti tigan jenis pembolehubah iaitu pemboleh ubah manipulasi, bergerak balas dan malar.


Kemahiran ke lapan ialah hypothesis. Dalam kemahiran ini, pelajar haruslah boleh menghubungkaitkan antara pemboleh ubah manipuilasi, bergerak balas dan malar. Contoh : Semakin bertambah masa, semakin berkurang jumlah ayunan bandul.


Kemahiran ke sembilan ialah experimenting. Kemahiran ini adalah kombinasi beberapa elemen kemahiran yang disenaraikan di atas


Selepas membelajari kemahiran ini, saya berharap dapt memperaktikkannya dengan betul dan salah satu persediaan sebagai seorang bakal guru.


Sekian,salam.
may Allah bless=)