Sunday, 11 December 2011

Pengajaran menggunakan Analogi

Alhamdulillah kelas kami diteruskan lagi hari ini. 
pada hari ini kami dedadahkan mengenai pengajaran menggunakan analogi atau dengan kata lain guru menggunakan bayangan sesuatu perkara untuk menerangkan tentang sesuatu konsep. Perlu diingat perkara tersebut haruslah bertepatan dengan konsep ('',)

Antara kelebihan teknik ini adalah penggunaan analogi mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar. hal ini selaras dengan tuntutan Teori pembelajaran konstruktivisme.

Kelebihan ke dua adalah anallogi merupakan suatu alat yang bernilai untuk membantu pelajar memahami sesuatu konsep yang abstrak dengan memetakan terhadap persamaan-persamaan di alam sebenar yang lumrah kepada pelajar (Chiu dan Lin, 2005).

Operasi dalam teknik ini adalah
=> Perkenal konsep target ( konsep yang hendak di ajar)
=> Isyaratkan pengeluaran konsep analog ( konsep yang hampir sama tetapi berlaku dalam kehidupan seharian)
=> Kenalkan ciri-ciri sepunya target dan analog
=> Petakan persamaan-persamaan
---> Kesimpulan
=> Nyatakan dimana berlaku ketidaksamaan.

Maklumat lanjut mengenai kaedah ini bolehlah klik di sini

Sekian...







Saturday, 3 December 2011

Prezi>>>Saya, Media dan Teknologi

Assalamualaikum...

Ini prezi saya yang ke dua selepas diedit...

Friday, 2 December 2011

Konsep dan kemahiran Asas dalam Fizik


Hari ini kami telah belajar perkara yang paling asas dalam fizik.
 Konsep-konsep ini sangat penting dalam fizik lebih-lebih lagi kepada bakal guru.
Antara konsep yang dibincangkan adalah :

(1)  Operasi Luas dan Isipadu.
Definisi operasi ini adalah langkah-langkah yang perlu dibuat untuk menentukan nilai
 berangka sesuatu konsep.

Definasi operasi bagi luas sesuatu bentuk tidak tetap adalah : Mengira petak-petak penuh 1m padu manakala petak yang tidak penuh dicantumkan membentuk 1m padu juga.


Definasi operasi bagi isipadu adalah pula adalah bilangan blok berukuran 
1 sentimeter padu yang dapat dimuatkan ke dalam sesuatu objek.

(2) Penaakulan nisbah dan bahagi.
Bagi kuantiti fizik dengan dimensi yang sama, nilai berangka hasil nisbah 
digunakan sebagai perbandingan, iaitu berapa kali lebih besar (atau lebih kecil) 
satu kuantiti berbanding kuantiti yang satu lagi.

E.g. 100m tinggi bangunan A = 10
            10m tinggi bangunan B
  bermaksud bangunan A adalah 10 kali lebih tinggi daripada B

Bagi kuantiti fizik dengan dimensi yang berbeza, hasil nisbah menunjukkan berapa banyak pengangka/pembilang (numerator) dikaitkan dengan satu unit penyebut (denominator) atau dalam bahasa mudahnya berapa banyak nilai di atas dikaitkan dengan 1 unit nilai di bawah.

Contoh :
a) jisim barang = 5kg, harga = RM 3.00. 
5kg adalah jumlah jisim yang boleh 
diperolehi apabila saya membayar Rm1.


b) 4200 J bagi air dalam kosep haba pendam.
4200 J adalah kuantiti haba yang diperlukan dalam menaikkan suhu 1kg bagi 1 degree air.

c) Kekuatan medan graviti : 10 N/kg.
10 N/kg adalah daya yang bertindak keatas 1kg jisim.

(3) Pentafsiran Graf
Bisanya pelajar dikehendaki untuk menafsirkan kecerunan graf. Kecerunan graf selalunya mewakili sifat objek atau sistem contohnya seperti ketumpatan, rintangan dan sebagainya.

Sekian...















Sunday, 27 November 2011

Kaedah pembelajaran Koperatif

Pada hari ini kami didedahkan dengan kemahiran pengajaran yang baru iaitu Kaedah Pembelajaran Koperatif. Kaedah Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah yang memerlukan pelajar daripada pelbagai kemahiran dan kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai sesuatu matlamat.

Antara prinsip dalam kaedah pembelajaran ini adalah :

Saling kebergantungan secara positif.
Setiap ahli dalam kumpulan haruslah sentiasa membantu, mengongsi dan berbincang dalam menyelesaikan sesuatu isu.

Akauntabiliti Individu
Setiap ahli dalam kumpulan mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri walalupon mereka bekerja secara kumpulan. Hal ini bermaksud setiap ahli kumpulan berusaha untuk mendalami dan memahami tentang tajuk yang dibincangkan.

Interaksi Kumpulan
Interaksi kumpulan bermaksud perbincangan kumpulan dilakukan secara bersemuka. Komunikasi secara video juga dibolehkan dalam kaedah ini. hal ini supaya mereka dapat membantu dan memotivasikan sesama ahli kumpulan.

Pemprosesan kumpulan
Ia adalah proses  penilaian yang dilakukan oleh ahli kumpulan mengenai prestasi dalam kumpulan mereka.

Kemahiran Sosial
Setiap ahli dalam kumpulan haruslah mengamalkan kemahiran kepimpinan, membina keperayaan, komunikasi yang baik dan berkesan serta pengurusan konflik yang baik.

Terdapat beberapa teknik dalam kemahiran koperatif ini. Antara kemahirannya adalah :

1. Teknik Student Chieve Assesment (STAD)


2. Teknik Team Game Tournament (TGT)


3. Teknik Teams Accelarated Instruction


4. Teknik Group Investigation


5. Teknik Jigsaw 


Menarik bukan teknik-teknik di atas. Teknik ini amat sesuai digunakan dalam pembelajaran berpusatkan pelajar.

Sekian....





















Thursday, 24 November 2011

miskonsepsi dalam Fizik


Kuliah minggu ke sepuluh diteruskan lagi. Pembelajaran ini berfokus pada miskonsepsi dalam fizik. Miskonsepsi sering berlaku bukan sahaja dalam Fizik malahan merangkumi hal lain dalam kehidupan seharian kita. Miskonsepsi adalah satu fahaman yang tidak betul tentang sesuatu konsep dan amat susah untuk diatasi. Sebagai bakal guru fizik, saya harus berusaha untuk mengatasi masalah ini.


Dalam pelajaran sebentar tadi, kami telah membincangkan beberapa konsep yang sering disalah tafsir oleh pelajar dengan kata lain sering berlaku miskonsepsi.


Miskonsepsi yang dibincangkan adalah :


1.Hotter objects contain more heat than colder objects.
Penjelasan : Penyataan ini adalah salah. Hal ini kerana perkataan "hotter" itu sebenarnya  merujuk kepada suhu bukannya "heat" atau haba. Hal ini kerana haba adalah sejenis tenaga yang sentiasa bergerak dalam suhu yang berbeza dan tidak boleh disimpan.


2.Heavier objects always fall faster than lighter objects.
Penjelasan : Penyataan ini adalah salah. Hal ini merujuk kepada konsep jatuh bebas. Konsep jatuh bebas menyatakan bahawa objek yang jatuh tidak dipengaruhi oleh daya luar yang lain dan hanya dipengaruhi oleh daya tarikan graviti. Maka berat objek tidak akan memberi kesan kepada kelajuan objek untuk jatuh.


3.Light objects float while heavy objects sink.
Penjelasan : Penyataan ini adalah salah. Hal ini kerana fenomena tenggelam atau timbul tidak bergantung kepada berat berat objek. Objek akan timbul apabila daya keapungan lebih tinggi daripada berat air yang disesar manakala apabila sebaliknya objek akan tenggelam.


4.Objects float because there’s air in them.
Penjelasan. Penyataan di atas adalah salah. Kandungan udara di dalam objek yang menyebabkan objek terapung adalah tidak tepat dalam menerangkan konsep fizik. Hal ini kerana keapungan objek hanya dipengaruhi oleh daya keapungan dan jumlah air yang disesar.


5.An object that is thrown upwards continue to move upwards because the force applied by the hand is still acting on it
Penjelasan. Penyataan di atas adalah salah. Hal ini kerana apabila objek ditolak ke atas daya yang bertindak ke atas objek tersebut hanyalah berat objek dan daya rintangan. Objek tersebut bergerak ke atas kerana kecenderungan objek untuk teruk bertindak tetapi akan turun ke bawah semula kerana ada daya lain yang bertindak ke atasnya iaitu graviti. Ia boleh dijelaskan berdasarkan Hukum Newton pertama.


Selain contoh-contoh di atas, terdapat banyak lagi miskonsepsi dalam fizik.



Tuesday, 15 November 2011

Projek Based on Problem Skill



Selamat kembali ke alam kampus. Hari ini kelas diteruskan seperti biasa selepas seminggu bercuti sempena Raya Haji.

Pada hari ini kami didedahkan dengan kemahiran yang baru iaitu "Project Based On Problem". Kemahiran ini adalah satu proses pengajaran. Melalui kemahiran ini, guru akan memberi satu soalan berupa senario masalah kepada pelajar. Untuk menjawab soalan itu, pelajar dikehendaki membuat projek.

Kami telah diberikan tugasan yang baru hari ini. Berikut adalah tugasan kami . Berikut merupakan senario masalah yang ditugaskan oleh Dr Nurul kepada kami :
Daripada tugasan di atas kami dikehendaki menghasilkan satu persembahan pembentangan menggunakan prezi. prezi adalah salah satu perisian baru yang dapat menghasilkan nota persembahan yang padat dan menarik.


Sunday, 13 November 2011

Thinking Based Learning

Kemahiran mengajar hari ini adalah kemahiran "Thinking Based Learning". Kemahiran ini membolehkan pelajar berfikir tentang pemikiran mereka ataupun dikenali sebagai "thinking about thinking". Teknik pemikiran ini telah saya ringkaskan dalam peta minda di bawah :

Sekian...